fbpx

Akta 342 baharu tidak akan dibentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Akta baharu bagi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang akan menaikkan denda sehingga RM100, 000 bagi individu dan RM500, 000 untuk syarikat tidak akan dibentangkan dalam Parlimen.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut merupakan hasil perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang tidak bersetuju denda itu dinaikkan yang disifatkan membebankan rakyat.

“Ingin saya jelaskan bahawa akta tersebut tidak dibentang. Akta 342 yang lama masih kekal dengan SOP denda RM1,000 seperti yang telahpun dikenakan kepada mereka yang melanggarnya.

“Di Johor pun baru-baru ini saya kena lima kali, Boss Ku juga kena lima kali. Kalau lima kali RM500,000, tak mampu saya bayar, ” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI