fbpx

City mula impikan kejuaraan trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berpeluang untuk menjulang gelaran trebel musim ini apabila masih lagi berada dalam tiga saingan utama. – AFP

LONDON – Manchester City mampu menamatkan musim ini dengan kejuaraan trebel dan pengendalinya, Pep Guardiola yakin pasukan itu tetap memiliki peluang cerah untuk melakukannya seperti yang pernah dikecapi oleh jiran mereka, Manchester United.

Menjelang aksi suku akhir Piala FA bertemu Southampton, malam esok, Guardiola tahu tugasan berat menanti City, namun sedar bahawa segala-galanya kini terserah kepada pemainnya untuk cuba menamatkan musim ini dengan penuh gemilang untuk memburu gelaran trebel.

Pengurus dari Sepanyol itu mahu pemainnya kekal dalam motivasi terbaik ketika The Citizens masih bersaing buru kejua­raan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

“Kami kini sedang mendahului carta EPL dan ketika ini nasib kami terletak dalam tangan sendiri. Orang akan berkata kami tidak mampu menang tiga kejuaraan tetapi jika United boleh melakukannya, pasukan lain juga mampu.

“Namun, ia tidak mudah dan saya juga tahu kesukaran untuk menentang Southampton di tempat lawan. Apa pun kami bersiap sedia dan mahu melangkah lebih ke depan.

“Saya cukup suka dengan apa yang kami sudah lakukan. Kami perlu fokus untuk berdepan de­ngan Southampton,” katanya.

Pada undian suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin, City dija­dualkan bertemu kelab Sepanyol, Atletico Madrid.

Menyedari halangan yang bakal dilalui anak buahnya selepas ini, Guardiola juga melabel setiap minit dan permainan yang bakal dihadapi adalah seperti aksi perlawanan akhir.

“Seperti saya katakan dua bulan lalu, kami perlu anggap setiap perlawanan adalah final di pentas EPL, Liga Juara-Juara dan juga aksi Ahad ini (Piala FA). Kami perlu jadi diri sendiri dan setiap pemain juga perlu jadi diri mereka sendiri,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI