SHAH ALAM – Bangsa usahawan tidak boleh terlepas mendapatkan buku terbaharu yang mengandungi panduan dan perkongsian penting dalam berdepan dengan krisis.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd., buku karangan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman itu baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu.
Jelasnya, krisis dan cabaran sentiasa ada dan pasti perlu dihadapi bangsa usahawan.
“Inilah yang menjadi penentu kepada seseorang usahawan itu sama ada mampu terus berkembang atau kekal pada tahap sama dan lebih serius, ada yang tersungkur.
“Melalui buku ini, Azizan berkongsi panduan penting yang telah digunakan anak didiknya hingga menyaksikan mereka bukan sahaja bertahan malah berkembang ketika krisis,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Tambah Radz, Azizan menghadiahkan 10,000 naskah buku itu secara percuma agar sedikit sebanyak dapat membantu bangsa usahawan di luar sana.
“Sebenarnya ketika krisis ataupun adanya cabaran, terdapat ‘peluang’ bagi mereka yang tahu.
“Sebab itu, bangsa usahawan perlu sentiasa tingkatkan diri dengan ilmu dan strategi yang berkesan agar dapat membantu mereka,” ujarnya.
Selagi stok masih ada, dapatkan buku ini dengan layari https://richworks.com/bukubangkitk sekarang atau imbas kod QR tertera.