fbpx

Hakim Mahkamah Agung Brazil sekat Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kegagalan Telegram mematuhi arahan agar tidak menyebarkan maklumat salah menjadikannya disekat Mahkamah Agung. - Hoogle

BRASILIA, Brazil – Seorang hakim Mahkamah Agung memutuskan untuk mengharamkan aplikasi pemesejan popular, Telegram di Brazil sekali gus menyekat  saluran komunikasi pilihan Presiden Jair Bolsonaro dalam satu keputusan yang disiarkan kelmarin.

Menyebut kegagalan Telegram dalam mematuhi arahan pihak berkuasa Brazil dan memadamkan mesej mengandungi maklumat salah, Hakim Alexandre de Moraes memerintahkan aplikasi itu disekat serta-merta di Brazil dalam penghakiman yang dibuat pada Khamis lalu dan disiarkan di laman web Mahkamah Agung pada keesokan harinya.

Keputusan itu dibuat ketika Bolsonaro menggiatkan usaha untuk mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya Presiden pada Oktober ini. Populariti Presiden Brazil itu semakin pudar dan bergantung kepada Telegram untuk meningkatkan bilangan penyokongnya.

“Tindakan Telegram yang tidak menghormati undang-undang Brazil dan kegagalan mematuhi keputusan mahkamah jelas bertentangan dengan keluhuran undang-undang,” kata Moses dalam penghakimannya.

Beliau berkata, telegram berulang kali enggan mematuhi keputusan mahkamah dan arahan polis di samping penghakiman Mahkamah Agung sendiri.

Ia termasuk keengganan Telegram bekerjasama berhubung siasatan terhadap dakwaan bahawa  pentadbiran Bolsonaro menggunakan saluran komunikasi kerajaan untuk menyebarkan maklumat palsu.

Bolsonaro berbalah secara terbuka dengan Moraes yang mengarahkan supaya beliau disiasat berhubung kes itu.

Presiden itu mengecam keputusan Moraes sebagai ‘tidak boleh diterima’ kerana ‘mengancam’ kebebasaan rakyat Brazil.

“Morales gagal bertindak terhadap dua atau tiga individu, jadi, beliau memutuskan untuk menjejaskan  70 juta orang (penduduk Brazil),” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI