fbpx

Ruhainies dah nikah? Luculah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

BEBERAPA hari lalu, ada khabar angin mengatakan Ruhainies bakal menamatkan zaman bujang bulan ini?

Jika dihitung, kurang dua minggu saja lagi bulan Mac akan berakhir sebelum bermula bulan Ramadan sekitar awal April nanti.

Apabila ditanya kepada tuan badan, dia juga tidak memberi jawapan yang memuaskan dan meminta semua pihak bersabar menanti pengumumannya.

Ada juga yang mendakwa dia sudah pun bernikah secara senyap-senyap dengan jejaka pilihannya. Aduhai. Lucunya, muncul pula gosip berulang iaitu mendakwa dia kini bergelar isteri kepada Zul Ariffin.

Alahai semakin parah gosip dan pelik-pelik gosip tentang Ruhainies.

Kalau boleh bukalah mulut secepat mungkin. Tidak elok mendiamkan diri terlalu lama sehingga timbul cerita yang tidak sepatutnya.

Kalau benar bakal bernikah tidak lama lagi, tahniah Diva ucapkan. Harap ini semua bukan gimik untuk Ruhainies melancarkan produk ya.

DIVA: Ramai juga selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan sikap Kak Long 7E. Individu sebegitu tidak seharusnya diberikan peluang untuk muncul dalam stesen televisyen!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI