fbpx

Hakim Danish ungguli perlumbaan 1 ATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakim Danish muncul juara pada perlumbaan 1 Asia Talent Cup pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.

PELUMBA cilik negara, Hakim Danish Ramli menampilkan tunggangan mantap untuk memenangi perlumbaan 1 Asia Talent Cup pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika sebentar tadi.

Dia yang memulakan saingan di petak kedua tidak menunggu lama apabila terus memecut laju untuk memimpin perlumbaan selain jauh meninggalkan kelompok belakang dengan perbezaan masa lebih 10 saat.

Pada masa sama, pelumba kelahiran Terengganu itu turut melakar sejarah tersendiri apabila merekodkan catatan masa terpantas pada perlumbaan tersebut apabila mencatat 1:44.553 saat (s).

Menerusi kemenangan itu, peluang Danish untuk mencabar kejuaraan ATC musim ini terus terbuka apabila berada di kedudukan kedua dalam carta keseluruhan dengan mengumpul 47 mata, lapan mata di belakang pendahulu, Shinya Ezawa dari Jepun.

Keputusan itu juga pastinya membakar semangat pelumba berusia 14 tahun tersebut bagi menampilkan prestasi sama menjelang perlumbaan 2 yang akan berlangsung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI