JARANG sungguh Diva nak bercerita tentang Aina Abdul dalam ruangan ini.
Namun, kali ini rasa terpanggil pula rasa nak berkongsi foto yang dimuat naik pelantun Sepi itu ketika bersenam, main angkat berat di sebuah gimnasium.
Memang aura yang ada pada Aina dalam foto tersebut lain macam! Seperti melihat seorang atlet berlatih pula.
Seperti biasa, memang ramai yang teruja melihat gambar tersebut sehingga ada yang mahu mengikut jejak Aina.
“Patutlah badan semakin langsing. Rasa nak cuba jugalah sukan begini,” komen seorang netizen.
“Selepas ini jangan terkejut jika Aina mewakili negara dalam bidang sukan pula. Betul-betul seperti atlet,” puji seorang pengikut Instagramnya.
Mewakili negara dalam bidang nyanyian sudah, mungkin boleh cuba pula untuk sukan.
Baguslah Aina kurus disebabkan rutin kehidupan sihat berbanding melakukan pembedahan potong usus atau sedut lemak.
DIVA: Sejak akhir-akhir ini, drama slot Akasia seperti kurang menyengat. Adakah kerana barisan pelakon atau jalan cerita klise dan membosankan?