fbpx

Amaran ribut petir di 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir kepada lima buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang nanti.

“Keadaan hujan lebat berserta ribut petir dijangka akan melanda daerah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan.

“Manakala di Terengganu, keadaan sama turut diramal akan melanda daerah Besut dan Setiu,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat berserta ribut petir diramal melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang di Sarawak.

“Keadaan sama juga boleh berlaku di beberapa daerah di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya.

Katanya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI