fbpx

Polis Kelantan, PBT bincang SOP pembukaan bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) selepas menunggang basikal sejauh 20 kilometer pada Program Fun Ride sempena Peringatan Sambutan Hari Polis Ke-215 di pekarangan IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini sebagai persiapan awal sebelum prosedur operasi standard (SOP) pembukaan bazar Ramadan diumumkan tidak lama lagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, perkara itu merupakan persiapan yang perlu dilakukan kerana kerajaan ketika ini masih belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai bazar Ramadan.

Menurutnya, namun begitu, pihak polis tetap akan menjalankan pemantauan terutamanya di bazar-bazar Ramadan yang dianjurkan pada skala besar di negeri ini.

“Difahamkan, pihak kerajaan sudah mengadakan perbincangan dan masing-masing ada perancangan yang ditetapkan.

“Kemungkinan polis akan duduk sekali untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dalam masa terdekat. Di peringkat kontinjen, saya akan memanggil pegawai terlibat untuk mengadakan perbincangan bersama PBT dan wakil penjaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Penutup Program Fun Ride sempena Peringatan Sambutan Hari Polis Ke-215 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam program itu, seramai 1,000 peserta berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah termasuk sebuah motosikal yang disumbangkan oleh sebuah syarikat jualan emas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI