fbpx

Keluarga tawar RM10,000 jika jumpa Lau Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Gian (kiri) dan ibunya, Chin Ah Yoong (kanan) berada di PKTK di Puncak Jelapang bagi mengetahui perkenbangan terkini kehilangan warga emas sejak minggu lalu.

IPOH – Keluarga menawarkan wang tunai sebanyak RM10,000 sekiranya Lau Sam, 84, ditemui setelah lapan hari hilang semasa mendaki bukit di Puncak Jelapang di sini.

Operasi mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak ditamatkan semalam setelah gagal menemui sebarang petunjuk kini diteruskan oleh polis pula.

Anak mangsa, Lau Kok Gian, 48, berkata, keluarganya turut merayu khidmat profesional seperti malim gunung bagi pencarian bapanya yang hilang sejak 11 Mac lalu semasa melakukan aktiviti bersama tujuh rakan.

“Ganjaran RM10,000 tetap ditawarkan kepada sesiapa yang menjumpai bapa saya sama ada masih hidup atau sebaliknya.

“Tawaran ini juga kepada anggota pasukan penyelamat yang turut serta dalam operasi pencarian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian insiden dekat Taman Puncak Jelapang Maju hari ini.

Kok Gian berkata, bapanya yang aktif dan berpengalaman mendaki sejak 20 tahun lalu merupakan seorang yang sihat selain arif dengan trek tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI