fbpx

Eks Mantis uji kemahiran hadapi ancaman nuklear, letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota 12 Skn RAJD lengkap memakai sut CBRNe pada Eks Mantis di Stesen MRT Cochrane di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Kemahiran dalam bidang kimia, biologikal, radiologikal, nuklear dan letupan (CBRNe) perlu menjadi cabang kemahiran baharu bagi pasukan keselamatan.

Justeru, pelaksanaan Eksesais Mantis (Eks Mantis) Siri 8/2022 dapat menguji kesiapsiagaan pada latihan simulasi yang diadakan Stesen MRT Cochrane di sini.

Tentera Darat menerusi hantaran pada laman di media sosial rasmi memberitahu, latihan itu juga melibatkan kerjasama dengan lain-lain pasukan keselamatan.

Menurut hantaran tersebut, ini merupakan latihan kali kedua yang menggunakan konsep sama iaitu melaksanakan latihan di stesen MRT.

“Konsep eksesais ini menjurus kepada operasi melawan keganasan dalam situasi ancaman CBRNe di stesen keretapi bawah tanah dan tempat parkir kenderaan.

“Ia melibatkan pasukan Skuadron ke-12 Rejimen Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD) bagi pelaksanaan CBRNe.

“Eksesais bilateral ini turut juga disertai 21 Grup Gerak Khas dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia,” ujar hantaran itu.

Selain itu, eksesais ini turut melibatkan penyertaan dari Canadian Special Operation Force Command, Angkatan Tentera Kanada.

Latihan yang berakhir semalam turut disaksikan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Ab Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Berhad, Mohd. Azharuddin Mat Sah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI