fbpx

Tarik nafas panjang saya drama tular siar Ramadan – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara-gara berkongsi satu klip video 'panas' sebuah drama terbaharunya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

PUTRAJAYA – Sedutan klip video adegan ‘panas’ dikongsi pelakon, Zul Ariffin turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di laman Facebook hari ini berkata, beliau akui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama bertajuk ‘Perempuan Itu’ yang dikongsi pelakon berkenaan.

Menurutnya, paparan itu disifatkan sebagai melampui batas dan ia perlu ditegur.

“Saya akan hubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.

Berita berkaitan: Ramai ‘terbeliak mata’ tengok aksi panas Zul Ariffin

“Hela nafas panjang saya apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas dan perlu ditegur,” katanya.

Jelas beliau, hiburan tidak dihalang dalam Islam namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.

Idris berkata, industri hiburan di negara ini bukanlah perkara yang ingin beliau halangi.

“Tetapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI