fbpx

Pesawat tentera AS dipercayai terhempas di Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat Osprey. - AFP

OSLO – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat(AS) yang membawa empat kru dipercayai terhempas di Norway semasa mengambil bahagian dalam latihan tentera anjuran Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), kata perkhidmatan kecemasan Norway kelmarin.

Pesawat jenis Osprey itu dilaporkan hilang pukul 6.26 petang (waktu tempatan) di selatan Bodo, utara Norway ketika cuaca buruk, kata Perkhidmatan Kecemasan Serantau (HRS) dalam satu kenyataan.

Empat kru itu mengambil bahagian  dalam  latihan tentera Cold Response  melibatkan 30,000 orang dari negara-negara NATO dan sekutunya.

Anggota-anggota penyelamat yang melakukan pencarian dari udara tidak melihat tanda-tanda pesawat tersebut di kawasan ia dilaporkan hilang tetapi cuaca terlalu buruk untuk pesawat mencari dan menyelamat mendarat, kata kenyataan itu.

Pasukan penyelamat dan polis juga sedang menuju ke kawasan itu, tambahnya.

“Kami tidak berada di lokasi nahas, jadi, kami tidak tahu tentang nasib empat kru tersebut,” kata jurucakap HRS,  Jan Eskil Severinsen kepada stesen televisyen tempatan, NRK.

Latihan Cold Response 2022 bertujuan untuk menguji bagaimana Norway menguruskan pasukan NATO  sekiranya perjanjian pertahanan bersama pakatan tentera itu diaktifkan. – AFP                  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI