fbpx

Zii Jia ke separuh akhir singkirkan Momota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menempah slot separuh akhir All England selepas menewaskan Momota sebentar tadi. - BADMINTON PHOTO

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia terus mengorak langkah bagi mempertahankan gelaran kejohanan badminton Seluruh England (All England) selepas mara ke pusingan separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Utilita, Birmingham sebentar tadi, pemain profesional itu menyingkirkan pemain Jepun, Kento Momota menerusi kemenangan 21-7, 13-21, 21-11.

Berdepan juara dunia dua kali itu, Zii Jia menunjukkan permainan cukup yakin dan tenang apabila hanya memerlukan masa 14 minit untuk menang selesa 21-7 pada set pertama.

Bagaimanapun, Momota melakar kebangkitan di set kedua apabila menampilkan aksi lebih agresif untuk menang 21-13, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pada set ketiga, perlawanan dilihat seimbang apabila kedua-dua pemain saling mengejar mata, namun tuah milik Zii Jia apabila menang 21-11 dan menempah pertemuan dengan pemain India, Lakhsya Sen di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI