fbpx

JDT II lakar kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daryl Sham meraikan jaringannya pada pertemuan menentang Kelantan United di Stadium MBPG, Pasir Gudang, Johor Bahru malam ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melakarkan kemenangan sulung pada aksi Liga Perdana musim ini setelah menang 2-0 mengatasi Kelantan United FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini malam ini.

Daryl Sham dan Fernando Rodriguez masing-masing meledak satu gol bagi setiap babak perlawanan bagi menghadiahkan tiga mata pertama buat JDT II.

Kemenangan itu mengubati kekecewaan setelah tewas kepada satu lagi pasukan dari Kelantan iaitu Kelantan FC pada aksi pembukaan liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, awal bulan lalu.

Pada babak pertama, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan tampak seimbang setelah masing-masing bertukar ganti menguji keampuhan benteng lawan bagi memburu gol awal.

Pasukan tuan rumah yang diperkuatkan dengan beberapa pemain dari skuad utama dilihat kurang berbisa malah skuad kendalian Syamsul Mohd. Saad tampil lebih berbahaya di bahagian jentera serangan.

Setelah kerap diasak pasukan lawan, JDT II bangkit mengatur gerak dan berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-34 sekali gus mengejutkan pasukan pelawat itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI