fbpx

Leicester tetap mara biarpun kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOFANA (dua dari kiri) meledak satu gol untuk Leicester sekali gus membolehkan mereka meraih kemenangan dengan agregat 3-2 ke atas Rennes awal pagi semalam. – AFP

RENNES – Bek tengah Leicester City, Wesley Fofana membuat kepulangan penuh bergaya selepas terpaksa diketepikan selama tujuh bulan disebabkan patah kaki pada Ogos lalu.

Fofana, 21, berjaya meledak satu gol buat The Foxes ketika tewas 1-2 kepada Rennes pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Konferensi Europa di Roazhon Park awal pagi semalam.

Satu gol itu sudah cukup membolehkan Leicester mara ke peringkat suku akhir menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas terdahulu menang 2-0 sewaktu aksi pertama di Stadium King Power minggu lalu.

“Wesley (Fofana) adalah seorang pemain yang hebat. Dia tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa dia baru sahaja kembali menjalani latihan sejak beberapa minggu lepas selepas berehat lama.

“Kami hilang pemain seperti ini begitu lama musim ini. Mentaliti sebagai seorang pemain berkualiti yang dimilikinya amat penting untuk pasukan ini,” kata Pengurus Leicester, Brendan Rodgers.

Benjamin Bourigeaud menja­ringkan gol pertama buat Rennes seawal minit kelapan sebelum Fofana menanduk masuk sepakan penjuru daripada Ademola Lookman pada minit ke-51.

Hasrat Rennes untuk meng­heret perlawanan ke masa tambahan tidak kesampaian walaupun mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Flavien Tait pada minit ke-75.

Selain Leicester, tujuh lagi pasukan yang turut mara ke suku akhir kejohanan itu ialah AS Roma, Marseille, Slavia Prague, PAOK, Feyenoord, PSV Eindhoven dan Bodo/Glimt. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI