fbpx

Jaga hospital ditegur halau waris di wad kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham memaklumkan, Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan segera berhubung isu waris yang dihalang masuk melawat bapanya.

PETALING JAYA – Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan segera berhubung isu waris dihalang masuk oleh petugas untuk melawat bapanya baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Ini berikutan kejadian tersebut menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial sejak semalam.

Berita berkaitan: Wanita bengang dihalang lawat bapa tenat

Menurut Dr. Noor Hisham, tindakan penambahbaikan telah diambil dengan memberi teguran kepada pengawal keselamatan terbabit agar mengamalkan tatacara komunikasi yang sesuai ketika berurusan dengan pesakit mahupun waris.

“Tindakan tersebut bertujuan agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan,” kata beliau.

Terdahulu, seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila dia ditegur dengan kasar serta dihalang daripada melawat bapanya di wad kecemasan hospital berkenaan oleh pengawal keselamatan dengan alasan tidak mengenakan pakaian yang sesuai ketika berada di hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI