fbpx

‘PRU demi kestabilan ekonomi, politik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) semasa menyertai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC Kuala Lumpur semalam. Gambar: MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan kestabilan pemba­ngunan ekonomi serta politik negara.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 semalam secara jelas me­ngingatkan ahli bahawa UMNO masih belum lagi menang.

“Kestabilan politik adalah kunci utama untuk negara membangunkan semula ekonomi. Kestabilan politik membolehkan kerajaan membuat polisi-polisi dan dasar kerajaan yang kekal dan boleh diyakini oleh pelabur-pelabur.

“Kadar pengangguran serta under employment telah mening­kat sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 yang lalu. Ini perlu diatasi dengan memulihkan keyakinan pelabur-pelabur dalam dan luar negara.

“Yakinkan mereka (pelabur) untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka yang secara tidak langsung dapat mengatasi kadar pengangguran ini,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Jelas Johari, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaaan ‘tumpang’ dan tidak ada legitimasi. UMNO atau BN hanya ada 42 Ahli Parlimen.

Katanya, selagi UMNO masih bergantung kepada perjanjian usaha sama (MoU) yang ditandatangani dengan parti pembangkang selagi itu kestabilan politik ini masih belum terjamin.

“Ideologi parti mereka berbeza dengan UMNO dan BN. Kita jangan tertidur dengan janji-janji mereka terhadap MoU ini.

“Dalam ucapan Presiden secara jelas menekankan bahawa pilihan raya umum mestilah diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti. Ini bagi menjamin tiada perpecahan dalam kalangan pemimpin-­pemimpin parti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI