fbpx

Ferrari tanggalkan logo Kaspersky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI tidak akan menggunakan logo Kaspersky pada jentera mereka menjelang aksi pembukaan F1 di GP Bahrain nanti. – AFP

MILAN – Pasukan gergasi Formula Satu (F1), Scuderia Ferrari dikatakan bakal menamatkan kerjasama bersama syarikat sekuriti siber terkenal dari Rusia, Kaspersky Lab berikutan tindakan ketenteraan Rusia ke atas Ukraine ketika ini.

Jurucakap pasukan Ferrari menjelaskan bahawa pihak­nya menggantung sementara penajaan dengan Kaspersky dan membuat keputusan untuk menanggalkan logo pada jentera F1, topi keledar pemandu dan juga di platform.

Ini bermakna, logo Kaspersky tidak akan dipamerkan menje­lang aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Bahrain.

Kaspersky adalah salah satu pembekal perisian antivirus dan juga perlindungan data kelas dunia kepada pasukan Ferrari sejak menjalankan kerjasama pada 2010 dan mengikat kontrak baharu pada tahun lepas.

“Kami sedang menilai keadaan keseluruhan terutama perkembangan hubungan antara kedua-dua syarikat,” kata jurucakap Ferrari semalam.

Baru-baru ini, Ferrari meng­umumkan pemberian sumba­ngan €1 juta (RM4.66 juta) untuk membantu Ukraine selepas pencerobohan Rusia yang meng­akibatkan kerosakan dan jutaan rakyat negara itu melarikan diri.

Terdahulu, pasukan dari Amerika Syarikat (AS), Haas turut membuat keputusan mengejutkan apabila menamatkan kontrak Nikita Mazepin serta penaja utama, Uralkali.

Tindakan itu dilakukan selepas Haas me­nerima tekanan dari penaja lain ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI