NYON, Switzerland – Juara bertahan, Chelsea berdepan laluan berliku selepas diundi bertemu juara 13 kali, Real Madrid pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Skuad The Blues telah mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas menewaskan juara Liga Perancis, Lille, manakala The Galacticos pula mengecewakan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pusingan 16 terbaik yang lepas.
Sementara itu, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dijadualkan bertemu Atletico Madrid, manakala Liverpool meraih laluan mudah apabila diundi menentang Benfica.
Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich melengkapkan proses undian apabila dijadualkan menentang juara Liga Europa musim lalu, Villarreal
Saingan suku akhir dijadualkan berlangsung pada April depan. – KOSMO! ONLINE