fbpx

Pejuang pertimbang kerjasama dengan parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PUTRAJAYA – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mempertimbang kerjasama dengan beberapa parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihaknya bagaimanapun perlu membuat kajian mendalam mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Beliau berkata, perkara (kerjasama dengan parti lain) itu turut dicadangkan oleh akar umbi parti.

“Kita dulu tiada kerjasama dengan parti lain kerana kesan buruk daripada kerjasama itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, di sini hari ini.

Ditanya mengenai desakan beberapa pihak supaya PRU-15 disegerakan, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu diberi lebih masa untuk menimbang parti apa yang layak untuk memerintah negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI