MELAKA – Seorang ibu tunggal anak enam rugi RM225,900 selepas menjalinkan hubungan cinta dengan duda anak satu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook, Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Superintendan E. Sundra Rajan berkata, mangsa berusia 48 tahun merupakan seorang pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta.
Katanya, mangsa mula berkenalan dengan suspek yang mendakwa seorang duda anak satu dan bekerja di luar negara pada Oktober 2021.
“Hubungan mereka menjadi erat dan mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp.
“Suspek berjaya menyakinkan mangsa dengan menunjukkan bahawa dia mempunyai wang yang banyak di dalam akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada sekitar Disember 2021, suspek telah meminta pengadu memindahkan wang miliknya berjumlah AS$42,000 dari akaun West Business Finance ke akaun Bank Of China. – KOSMO! ONLINE.