fbpx

Terdapat konspirasi kenakan Bung dan Zizie – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung dan Zizie ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi utama dalam kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia merasakan terdapat konspirasi untuk mengenakan pasangan itu.

Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, yang merupakan saksi pendakwaan ke-25 berkata dia mempunyai tanggapan begitu sewaktu disoal siasat pada kali pertama pada 22 Jun 2016 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semasa prosiding, ketika disoal balas peguam Datuk N. Kumaraendran yang mewakili Zizie yang bertanyakan adakah saksi itu bersetuju seolah-olah terdapat konspirasi untuk mengenakan Bung Moktar dan Zizie, saksi itu berkata ‘Ya’.

“Saya merasakan sedemikian (konspirasi) sebab seperti saya katakan tadi masa hari pertama saya beri keterangan macam apa yang saya cakap langsung tidak diterima,” kata saksi itu.

Terdahulu saksi tersebut turut mengatakan bahawa segala keterangan yang diberikan pada sesi soal siasat itu telah `dibakul sampahkan’ oleh beberapa pegawai SPRM yang menyoalnya.

Pada masa sama saksi turut bersetuju apabila dikatakan dia berasa sangat tertekan, beremosi, terganggu apabila pegawai-pegawai (SPRM) menyuruhnya mengaku bahawa Bung Moktar dan Zizie menerima rasuah berkaitan dengan pelaburan unit amanah Felcra itu.

Sementara itu semasa, disoal oleh peguam bela, Ridha Abdah Subri, saksi berkenaan memberitahu dia telah memberikan keterangan panjang lebar ketika disoal balas kepada pegawai-pegawai SPRM tetapi apabila pemeriksaan laporan dibuat, `tidak semua keluar’.

Menjelaskan lebih lanjut, Norhaili memberitahu dia ingin memberikan cerita sebenar sejak mula disoal siasat tetapi tidak mempunyai sebarang kekuatan.

Ujar wanita terbabit, Zizie atau Bung tidak pernah pada bila-bila masa meminta sebarang balasan, komisen atau upah yang berkaitan dengan pelaburan unit amanah Felcra tersebut.

Tambahnya, dia ingin mengekalkan keterangan yang telah diberikan di mahkamah sebelum ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung lagi 28 Mac ini.

Mengikut pertuduhan Bung ,64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie,44,.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Beliau didakwa menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie atas sebab yang sama.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.

Zizie juga didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI