fbpx

Selepas 20 tahun, Nirmala Siti kembali tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Siti Nurhaliza dalam konsert minggu Big Stage baru-baru ini mencetuskan tular lagu Nirmala.

SIAPA kata lagu 20 tahun lalu payah trending? Situasi tersebut boleh disanggah apabila lagu Nirmala nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali tular, terutama selepas satu persembahan hebat menerusi Big Stage baru-baru ini.

Bukan sekadar tular dalam peminat tempatan, khususnya menerusi TikTok, lebih hebat ada kumpulan idola dari Korea Selatan, NCT127 turut menggunakan lagu dan meniru koreografi tarian tarian Nirmala dalam video TikTok mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup menyunting semula video tarian kumpulan idola mereka untuk nampak selari dengan lagu Nirmala.

Selain itu, terdapat juga peminat meluahkan keinginan mahu melihat kerjasama Siti bersama bintang K-pop masing-masing.

Menerusi aplikasi TikTok, tanda pagar #nirmalachallenge kini mencatat lebih 8.5 juta tontonan daripada pengguna seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI