fbpx

Koeman ubah formasi Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOEMAN mencuba formasi baharu yang jarang digunakan Barcelona sebelum ini ketika mencatat kemenangan pada aksi persahabatan menentang Tarragona. – AFP

AMSTERDAM – Barcelona berjaya meraih kemenangan pertama di bawah kendalian Ronaldo Koeman selepas menewaskan Gimnastic de Tarragona 3-1 dalam satu aksi persahabatan di Arena Johann Cruyff awal pagi semalam.

Koeman, 57, menggunakan formasi 4-2-3-1 yang jarang digunakan di Barcelona sebelum ini dan ternyata ia menuai hasil apabila berjaya meraih tiga gol melalui Ousmane Dembele, Antoine Griezmann dan Philippe Coutinho.

“Corak permainan hari ini le­bih menumpukan kepada aspek pertahanan. Saya mahu melihat pemain-pemain berani membawa bola dan mencari ruang kosong untuk memecahkan benteng pertahanan pihak lawan.

“Barcelona boleh bermain taktikal sebegini kerana kami mempunyai ramai pemain tengah yang berkebolehan untuk me­lakukannya.

“Apa yang menggembirakan saya ialah tiada kecederaan pemain dalam perlawanan ini. Sekarang kami ada tempoh dua minggu sahaja lagi untuk memastikan pasukan bersedia menghadapi saingan musim baharu,” kata Koeman.

Bintang Barcelona, Lionel Messi yang sebelum ini mencipta sensasi mahu mencari angin baharu sebelum membuat keputusan untuk kekal, turut disenaraikan Koeman bermain dalam perlawanan tersebut.

Sebagai rekod, The Catalan akan memulakan kempen La Liga musim ini menentang Villarreal di Stadium Camp Nou pada 27 September ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN