fbpx

BA.2 berpotensi menjadi penyakit paling berjangkit dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARIAN BA.2 dilabelkan sebagai yang paling boleh ditularkan pernah dilihat saintis. - Getty

LONDON – Seorang ahli epidemiologi dan biostatik, Profesor Adrian Esterman memaklumkan bahawa varian baharu Covid-19, BA.2 boleh menjadi penyakit paling mudah berjangkit yang pernah dikesan di dunia, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Menurut beliau, varian itu adalah enam kali ganda lebih mudah menular berbanding varian asal Covid-19 dan kebanyakan orang berpotensi dijangkitinya.

Walaupun kurang membawa maut, BA.2 adalah mutasi varian Omicron dan kini menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan baharu di Britain.

Nombor R varian BA.2 yang menunjukkan kadar jangkitannya adalah pada 12 berbanding 2.5 untuk virus asal.

Profesor Esterman memberitahu laman berita MailOnline bahawa tahap jangkitan ini menjadikan varian baharu itu hampir serupa dengan demam campak iaitu penyakit paling berjangkit pernah diketahui.

BA.2 nampaknya menyebabkan kesan yang kurang teruk berbanding varian sebelumnya tetapi ia berbahaya seperti semua varian koronavirus, katanya.

“Masalahnya adalah ia menyebabkan penyakit yang lebih teruk kepada orang yang terdedah berbanding influenza, Ia mempunyai kapasiti untuk menyebabkan kesan jangkitan kepada golongan muda juga. 

“Memang benar bahawa pandemik menjadi kurang menular dari masa ke masa, tetapi itu berlaku dalam tempoh 100 tahun, bukan satu tahun,’’ tambah beliau. 

Peningkatan kes Covid-19 didorong oleh lonjakan jangkitan dalam kalangan mereka yang berusia 30 hingga 49 tahun manakala kadar tertinggi dicatatkan di barat daya dan tenggara Britain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI