fbpx

Hujan lebat di Pahang, Sabah dan Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pahang, Sabah dan Sarawak petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu dijangka berlaku di negeri Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran dan Kuantan.

“Manakala di Sarawak amaran dikeluarkan di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat serta Labuan,” katanya di sini hari ini.

Jelas MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga pukul 6 petang.

Tambahnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI