fbpx

Tiada keperluan buat PRU-15 dalam masa terdekat- Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat disifatkan sebagai tidak perlu berikutan mengambil kira faktor kesihatan awam di negara ini yang berada dalam fasa pemulihan daripada Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penangguhan sementara pelaksanaan PRU-15 itu dilihat wajar dan ia boleh diadakan semula selepas keadaan kesihatan awam di negara ini pada tahap stabil.

“Saya lihat semangat Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), walaupun beliau berkata akar umbi parti mahukan PRU lebih awal, tetapi dia serahkan hal itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Perdana Menteri akan ambil kira pandangan bukan sahaja soal pemulihan negara dan perjanjian dengan pembangkang untuk reformasi institusi, tetapi juga pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan kesihatan awam,” katanya pada sidang akhbar di Perhimpunan Agung UMNO di sini tadi.

Katanya, negara sedang menuju kepada fasa peralihan pandemik dan penangguhan sementara perkara yang boleh merumitkan fasa pemulihan itu termasuk PRU-15 sebagai satu tindakan wajar.

“Lebih baik kita tangguh dahulu perkara yang boleh merumitkan pemulihan ini, dan PRU-15 adalah hal yang boleh ditangguh hingga keadaan kesihatan awam lebih stabil,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI