PETALING JAYA – Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) akan mengadakan Hari Terbuka TNBSA selama dua hari bermula esok.
TNBSA dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu dijalankan sempena sambutan Hari Hutan Sedunia.
“Orang ramai boleh mula berkunjung ke TBNSA bermula pukul 7.30 pagi sehingga 5.30 petang.
“Selain itu, pelbagai jualan daripada usahawan tempatan, pameran, trak makanan dan aktiviti menarik akan disediakan termasuk Arboretum Walk serta Botanical Herbs Tour,” ujarnya.
Tambah TNBSA, orang ramai boleh melawat laman Facebook rasmi TBNSA untuk pendaftaran awal. – KOSMO! ONLINE