KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini tidak membincangkan mengenai usul Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara itu ketika ditanya pemberita di pekarangan Menara Dato Onn di sini .
“(Mesyuarat) Seperti tahun-tahun dahulu usul atau laporan daripada wakil MKT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja,” katanya.
UMNO sebelum ini dilaporkan akan memutuskan sama ada menyegerakan PRU-15 akan diangkat sebagai usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada mesyuarat MKT parti itu malam ini.
Perkara itu dikatakan akan diputuskan selepas mengambil kira pandangan dan kehendak akar umbi parti. – KOSMO! ONLINE