fbpx

Aplikasi Hijrah Diri Jakim diserang penyokong LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) diarahkan supaya mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan tindakan Google Play mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri daripada platform berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau dimaklumkan bahawa aplikasi berkenaan sudah dikeluarkan daripada Google Play.

Beliau berkata, aplikasi dibangunkan oleh Jakim itu bertujuan mengajak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBT) kembali kepada fitrah diri.

“Saya telah mengarahkan pihak Jakim supaya berhubung dengan pihak MCMC untuk penjelasan dan tindakan selanjutnya.

“Saya mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha kecil kami untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT dipermudahkan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Jelas beliau, pihaknya menyifatkan tindakan Google Play itu sebagai sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri dinafikan oleh golongan tertentu.

Idris berkata, beliau mendapati banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda masa kini.

Hijrah Diri ialah sebuah aplikasi inisiatif Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia untuk membantu golongan LGBTQ kembali kepada fitrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI