fbpx

Pilih lelaki Malaysia untuk ubah kehidupan lampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehidupan sukar di kampung halaman menyebabkan ramai wanita Thailand memilih bernikah dengan lelaki Malaysia.

SUNGAI PETANI – “Saya berkahwin dengan lelaki Malaysia kerana mahu kehidupan yang lebih baik berbanding di negara asal.”

Itu antara pengakuan seorang wanita berasal dari Patani, Thailand dikenali Saedah, 39, selepas berkahwin dan menjadi isteri kedua seorang kontraktor tempatan sejak 10 tahun lalu.

Kata Saedah, dia membuat pilihan untuk berkahwin dengan kontraktor pembinaan berusia 51 tahun itu selepas berbincang panjang berkaitan status lelaki itu, keadaan ekonomi dan masa depannya sebagai isteri kedua.

“Perbincangan dibuat dengan ibu bapa selepas hubungan saya dan suami memasuki tahun kedua dan ketika itu saya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Selain mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh, suami juga bersifat penyayang dan mengambil berat menyebabkan saya terpikat kepadanya sebelum kami berkahwin pada tahun 2011,” katanya kepada Kosmo!.

Kata Saedah, dia mengimpikan kehidupan yang lebih baik untuk membantu keluarganya yang bertaraf miskin tegar di negara asalnya.

“Bapa saya hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu menyebabkan keluarga kami seramai lima orang sering kelaparan.

“Jika saya berkahwin dengan lelaki sekampung, kitaran hidup saya pasti tidak berubah menyebabkan saya nekad berkahwin dengan lelaki Malaysia,” katanya.

Di Padang Besar, Perlis, wanita berasal dari Ranong, Thailand yang mahu dikenali sebagai Mariam, 40, turut berpandangan sama dan mengakui kehidupan di negaranya sangat susah.

“Kehidupan keluarga kami di sana sewaktu saya berkahwin dengan suami 22 tahun lalu sangat sukar dan kami terpaksa me­lakukan pelbagai kerja kampung bagi menyara hidup.

“Namun, apabila bertemu jodoh dengan suami yang berasal dari Perlis, saya berhijrah ke Malaysia dan taraf hidup di sini sangat baik berbanding negara asal,” katanya.

Tambahnya, ramai juga wanita Thailand yang berkahwin dengan rakyat negara ini dengan tujuan untuk merapatkan semula hubungan keluarga yang terpisah selepas persempadanan semula dua negara suatu ketika dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI