fbpx

Real harapkan aksi El Clasico ‘bersih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kiri) mengakui tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan La Liga apabila sering menjadi mangsa terjahan keras. – AFP

MADRID – Ketua Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti tidak berminat mengenai kontroversi mutu pengadilan yang mungkin ‘mewarnai’ pertembungan El Clasico menentang Barcelona dalam aksi La Liga awal pagi Isnin ini.

Ia selepas pemain sayap lincah Real, Vinicius Junior memuat naik gambar di laman Instagram peri­badinya mempertikaikan mutu pengadilan La Liga selepas dia sering menjadi mangsa terjahan pemain pertahanan lawan.

Vinicius didakwa tidak berpuas hati dengan terjahan-terjahan yang diterimanya ketika membantu Real meledak satu gol menewaskan Real Mallorca 3-0 di Estadio Iberostar pada Selasa lalu.

“Vinicius adalah salah seorang pemain yang paling berbahaya yang sentiasa menjadi perhatian pasukan lawan. Mereka akan melakukan banyak kesalahan yang diperlukan untuk mengekang kemaraannya.

“Ini adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak. Ia bermakna pasukan lawan merasakan Vinicius adalah ancaman utama buat mereka.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai keputusan pengadil kerana ia subjektif. VAR (Video Bantuan Pengadil) juga ada, jadi saya menyerahkan perkara ini kepada mereka yang lebih arif membuat keputusan,” kata Ancelotti.

Sementara itu, Ancelotti menegaskan mereka berada pada tahap terbaik selepas mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan termasuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Situasi itu pastinya memberikan keyakinan kepada Real untuk meleburkan rekod cemerlang The Catalans yang masih belum tewas dalam tahun ini sejak tumbang 0-3 kepada Bayern pada Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI