fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir melibatkan 11 negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk dijangka melanda negeri Kedah di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, cuaca yang sama turut dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Johor pula, kawasan yang terlibat termasuk Tangkak, Muar, Batu Pahat serta keseluruhan negeri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, cuaca yang buruk turut dijangka melanda di keseluruhan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Hulu Selangor, Gombak serta Hulu Langat manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan Jerebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Jelas MetMalaysia, kawasan Pantai Timur yang mengalami keadaan hujan lebat serta angin kencang melibatkan daerah Gua Musang di negeri Kelantan serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang.

“Di Sarawak pula melibatkan Sarikei (Pakan, Julau), Kapit (Belaga), Miri (Subis, Miri, Marudi) serta Limbang manakala di Sabah termasuk kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau) dan Papar di Pantai Barat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI