fbpx

Pemandu parah, lori simen terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori simen yang terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Semantan petang tadi. /FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori simen parah selepas kenderaan dipandunya terbalik dalam satu kejadian di Jalan Semantan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, pemandu berusia 40 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan kanan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar muatan simen dari arah Sentul menghala Damansara Pavilion.

“Semasa melalui jalan susur di Jalan Semantan, lori berkenaan telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berusia 40 tahun itu telah dibawa ambulans ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI