fbpx

Majikan boleh guna APS berlesen kategori C untuk pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majikan yang ingin mengambil pekerja asing boleh menggunakan antara 501 khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) kategori C yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, penggunaan khidmat APS juga perlu dengan pengetahuan dan kebenaran majikan itu sendiri.

Sehingga semalam katanya, sebanyak 313,014 permohonan pekerja warga asing telah diterima membabitkan sektor perkilangan (193,346), perkhidmatan (48,119), perladangan (36,950), pembinaan (27,331), pertanian (7,248) dan perlombongan dan pengkuarian (20).

Katanya, semua permohonan yang diterima ini telah diproses secara berperingkat dan kelulusan bagi permohonan tersebut telah mula diberikan.

“Bagaimanapun, ada juga majikan yang menghadiri temuduga tapi gagal disebabkan oleh dokumen yang tidak lengkap seperti gagal mengemukakan dokumen asal dan tiada penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja bagi lokasi cawangan yang dimohon.

“Saya sekali lagi mengingatkan para majikan agar mengemukakan permohonan lengkap bagi mengelakkan daripada kegagalan semasa proses temuduga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 501 APS berlesen bagi kategori C yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981.

“Mana-mana APS yang didapati menyalahguna atau terlibat dengan salah laku dalam permohonan pekerja asing ini boleh diadu ke Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-8886 5192,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI