fbpx

Pemuda sara bapa sakit dengan kerja ‘rider’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP menziarahi Azreen di kediamannya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kasih anak demi syurga. Itu mungkin antara perkataan sesuai bagi menggambarkan pengorbanan seorang pemuda yang menjaga ayahnya secara seorang diri bagi memastikan kebajikan insan itu terjaga.

Menerusi perkongsian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pemuda bujang itu dikenali sebagai Azreen Tajudin perlu menanggung kehidupan ayahnya yang sakit dengan mendapat hasil menerusi khidmat penghantaran makanan.

“Pendapatannya yang tidak seberapa itu tidaklah mencukupi memandangkan beliau perlu meluangkan masa untuk menguruskan bapa setiap hari.

“Ayahnya sudah tidak boleh bekerja selain perlu menjalani rawatan cuci luka pada kaki akibat sakit kencing manis kronik,” katanya di Facebook tadi.

Terdahulu, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP cuba menziarahi seorang warga emas yang dikatakan memerlukan bantuan dari Baitulmal MAIWP.

“Aduan itu diterima melalui aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MOJA) yang meminta agar pihak MAIWP menjejaki warga emas dikenali sebagai Tajudin, 66, kerana tidak boleh bekerja dan tiada pendapatan disebabkan faktor usia serta kesihatan.

“Bagaimanapun ziarah mendapati beliau tiada di rumah kerana menjalani rawatan cuci luka pada kaki akibat sakit kencing manis kronik,” jelasnya.

Jelasnya, Azreen pula merupakan anak bongsu kepada Tajudin dan hanya tinggal berdua bersama bapanya.

“Semakan rekod mendapati mereka berdua belum menerima sebarang bantuan dari Baitulmal MAIWP. Sebagai permulaan, Skuad Jejak Asnaf mencadangkan Azreen membuat permohonan Bantuan Kewangan Bulanan bagi menampung sedikit keperluan harian.

“Bapanya pula dicadangkan dengan Bantuan Perubatan Am agar penyakit yang dialami dapat dirawat sebaiknya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI