fbpx

Majikan sumbat pekerja tinggal dalam pondok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fauzi Abd Ghani memeriksa rumah penginapan pekerja dalam operasi benteras buruh paksa dan pemerdagangan orang di sebuah syarikat di Kampung Kepayang dekat Simpang Pulai hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Terpaksa tinggal dalam tiga pondok tanpa tandas.

Itu keadaan 21 orang pekerja sebuah kilang jubin di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini semasa diperiksa pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri Perak

Pengarahnya, Muhamad Fauzi Abd. Ghani berkata, mereka termasuk tujuh warga tempatan yang tinggal dalam keadaan tidak bersih dan selamat.

“Dari segi keluasan bilik, memang sempit dan mereka juga terpaksa membuat pendawaian elektrik sendiri.

“Tempat tinggal mereka ini memang tidak selamat untuk didiami,” katanya kepada pemberita selepas membuat Operasi Banteras Buruh Paksa Pemerdagangan Orang, pagi tadi.

Menurut Muhamad Fauzi, JTK akan membuka dua kertas siasatan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Peraturan 8 Akta Kerja 1955.

“Antara kesalahan adalah majikan gagal mendapatkan perakuan penginapan pekerja dan belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan perakuan tersebut,” katanya.

Menurutnya, majikan juga dikesan tidak menyediakan penginapan yang selamat mengikut Akta 446.

“Pihak kilang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

“Mengikut Peraturan 8 Akta Kerja 1955, pihak kilang boleh didenda sebanyak RM10,000 bagi setiap kesalahan kerana tidak menyediakan syarat perkhidmatan kepada pekerja” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI