fbpx

Rumah di Bukit Malut terlalu rapat, punca api cepat merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 17 buah rumah musnah dalam kebakaran di Bukit Malut, Langkawi pada petang semalam.

ALOR SETAR – Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa lebih tiga jam untuk memadam kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Langkawi dekat sini pada semalam ekoran kedudukan rumah terlalu rapat serta struktur binaan daripada kayu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, selain itu faktor cuaca dan angin kuat turut mempengaruhi operasi memadam kebakaran yang melibatkan 17 rumah itu.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran bermula dari sebuah rumah penduduk sebelum merebak ke rumah lain di kawasan itu.

“Kita menerima laporan kecemasan pada pukul 6.47 petang dan api berjaya dikawal pada pukul 7.47 malam sebelum padam sepenuhnya pada pukul 10.30 malam.

“Kita mengambil masa sejam untuk kawal kebakaran kerana rumah di Bukit Malut terlalu hampir,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan JBPM Kedah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI