fbpx

Dewan Rakyat kecoh Menteri Agama jawab soalan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suasana di Dewan Rakyat pagi tadi bertukar kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menggantikan Menteri Kewangan dan timbalannya yang tidak hadir menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

Menurut aturan urusan menyuarat, M Karupaiya (PH-Padang Serai) mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan berkaitan jumlah bayaran yang dijelaskan oleh kerajaan untuk membayar balik hutang berkaitan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Selain itu, Karupaiya juga bertanya apakah sumber kewangan yang digunakan serta berapa jumlah nilai daripada setiap sumber itu dan semua pembayaran dibuat atas nama siapa serta berapa baki lagi yang masih rakyat Malaysia hutang.

Bagaimanapun, selepas soalan dikemukan, Timbalan Speaker, Datuk Abdul Rashid Hasnon hanya memaklumkan bahawa soalan itu akan diambil perhatian dan Idris kemudian bangun menjawab soalan itu.

Susulan daripada itu, keadaan itu sekali gus menyebabkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan tindakan Idris menjawab soalan berkenaan 1MDB dan SRC International.

Dalam pada itu, tindakan itu turut menyebabkan soalan tambahan yang diberikan tidak dapat dijawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI