fbpx

Tiada keperluan benarkan eksport ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua dari kiri) ketika melancarkan Kempen Kita Demi Negara di ibu negara tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat tiada keperluan membenarkan aktiviti mengeksport daun ketum ke luar negara seperti dicadangkan Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan untuk tidak membenarkan aktiviti eksport itu dibuat berdasarkan akta sedia ada di mana ketum dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Permintaan dia (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor) mungkin sesuatu yang datang daripada permintaan peribadi. Buat masa ini, kita tidak benarkan (eksport ketum).

“Keputusan itu dibuat berdasarkan akta sedia ada iaitu Akta Ketum 1952,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kita Demi Negara di sini tadi.

Semalam, negeri Kedah meminta kerajaan Persekutuan dicadang memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand.

Menurut Md. Sanusi, ketum dibenarkan dijual di pasaran komersial di Thailand, malah pengusaha di negara itu berkeupayaan memproses bahan berkenaan bagi dijadikan produk.

“Di Thailand ada teknologi untuk mengekstrak daun ketum menjadi produk kesihatan dan ia dijual secara komersial di sana, daun ketum yang ditanam di Kedah mempunyai gred tinggi berbanding yang dihasilkan di negara jiran itu.

“Kedah boleh jadi pusat pengumpulan komoditi ini secara sah, saya harap agensi penguatkuasaan boleh bincang perkara ini, kalau perlu dibawa ke Parlimen, kita bawa ke Parlimen,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI