BELAJAR sambil bekerja terutama sebagai selebriti bukan satu yang mudah, sebab itulah Mizz Lahar kagum dengan semangat gigih Intan Najuwa.
Katanya, dia tiada waktu spesifik untuk belajar, sebaliknya main ‘langgar’ saja selagi boleh.
“Hendak tunggu tidak sibuk atau susun jadual memang tak akan jalan. Selit saja waktu yang kosong untuk belajar.
“Tengah jalan dalam kereta juga boleh hafal macam-macam. Balik penggambaran juga boleh belajar sebelum tidur. Jadi tipsnya buat dan ‘langgar’ saja,” kongsinya.
Apabila baca tips ini, rasanya Intan memang seorang pelajar dan pelakon yang berdedikasi kerana gigih mencuri masa demi ilmu.
Mungkin apa yang diusahakannya boleh menjadi contoh kepada golongan yang belajar sambil bekerja. Dia juga boleh dianggap sebagai selebriti contoh sebab jurusan yang diambilnya bukan calang-calang iaitu undang-undang.
MIZZ LAHAR: Baru dengar lagu Harum Sundal Malam milik Iman Troye, tak rasanya kurang menikam pula. Dengarlah sendiri.