MEMILIKI bentuk badan langsing selepas melahirkan cahaya mata merupakan idaman semua kaum wanita.
Kelebihan tersebut sedang dimiliki pelakon Zahirah Macwilson apabila ramai mengatakan dia kelihatan semakin kurus, terutamanya setiap kali berkongsi video dalam TikTok.
Tiada banyak kata-kata negatif sebaliknya, ramai yang cemburu dan tertanya-tanya bagaimana Zahirah boleh menjaga berat badan sehingga langsing sebegitu rupa.
Tidak kurang juga ada netizen melahirkan rasa risau kerana Zahirah kelihatan sedikit cengkung berbanding sebelum ini.
“Macam mana dia boleh dapat bentuk badan begini selepas bersalin?”
“Semakin kuruslah, lebih baik berisi sikit macam dahulu,” komen netizen.
Menariknya, ada juga yang menyamakan wajah isteri Aiman Hakim Ridza itu seperti model terkenal Amber Chia dan Hailey Bieber. Tak apalah Zahirah sihat-sihat sahaja.
MIZZ LAHAR: Sempadan negara bakal dibuka bermula 1 April ini. Harap kes jangkitan tidak mencanak naiklah ya.