fbpx

Pegang perut, baju, hamil ke tu Uqasha?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN pantas membuat andaian, adakah Uqasha kini sedang hamil.

LAMA tidak dengar cerita pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dengan Kamal Adli.

Dalam diam-diam menyulam, tiba-tiba nama pasangan itu tular dalam media sosial. Semuanya gara-gara sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, @ahmadamirull memaparkan Uqasha memegang bahagian perutnya ketika berjalan di sebuah pasar.

Seperti biasalah, apabila aksi pegang perut, sudah pasti ramai tak sabar membuat spekulasi sendiri dan mendakwa wanita cantik itu sudah berbadan dua.

Memang laju dan tajam mata netizen hari ini. Rata-rata mula melahirkan rasa teruja melihat aksi Uqasha pegang perut.

Mungkin saja tangan Uqasha tanpa sengaja memegang baju pada bahagian perutnya. Tak mengapalah, tidak salah pun nak mendoakan perkara baik.

Rasa-rasanya jika hamil sekali pun, Uqasha tak akan berahsia daripada peminat kan?

MIZZ LAHAR: Ramai yang menjangkakan gelaran juara Big Stage musim keempat milik Aisha Retno? Tidak mustahil sebab persembahannya setiap minggu memang hebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI