fbpx

Permohonan pengeluaran khas KWSP dibuka 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan permohonan pengeluaran khas sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 April sehingga 30 April ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu dibuka kepada ahli yang berusia 55 tahun ke bawah.

“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50.

Berita berkaitan: Kerajaan setuju pengeluaran KWSP RM10,000

“Selain itu, ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu sebelum mengakses Akaun 1,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KWSP turut memaklumkan tempoh pembayaran akan mula dilaksanakan bermula 20 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI