fbpx

Kos sara hidup di Ipoh tidak tinggi melangit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara bandar raya Ipoh.
ZAKI SALLEH, WARTAWAN EKSEKUTIF

Sesiapa merancang untuk berhijrah khususnya bagi warga kota, Ipoh adalah lokasi yang perlu dipertimbangkan.

Ipoh sepertimana lain-lain daerah di Perak tiada masalah terputus bekalan air kerana memiliki limpahan sumber air mentah yang banyak.Kos sara hidup di sini masih berpatutan dan tidak melangit.

Walaupun berlaku banjir kilat di kawasan tertentu tetapi air cepat surut, malah ada kira-kira 150 bekas lombong tinggal sekeliling Ipoh yang berfungsi sebagai tempat takungan hujan.

Perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan pula cuma 194 kilo­meter.

Ipoh menjadi tempat pilihan untuk didiami mendahului empat lagi lokasi di Malaysia apabila merekodkan jumlah pembelian rumah tertinggi pada suku pertama tahun lalu.

Data transaksi kediaman Pro­pertyGuru DataSense menunjukkan sebanyak 527 transaksi de­ngan harga median RM296,000.

Empat lokasi lain ialah Klang sebanyak 485 transaksi, Puchong (445), Cheras (347) dan Kajang (340).

Sebagai perbandingan, harga median kediaman di empat lokasi lain di Lembah Kelang itu antara RM296,000 hingga RM698,750.

Mengulas perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Mimbar Nusantara Holdings Sdn. Bhd., Nazrin Cheong Abdullah berkata, sektor hartanah di Perak khususnya di Ipoh boleh kategorikan sebagai kompetitif.

Katanya, kawasan di sekitar Ipoh masih luas dan berpotensi untuk dimajukan, manakala nilai kediaman baharu mampu dimiliki.

“Walaupun bertaraf banda­r raya, nilai rumah kediaman di sekitar Ipoh masih kompetitif berbanding bandar raya lain seperti di George Town dan Johor Bahru.

“Lokasi strategik antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur merupakan satu lagi faktor menjadikan Ipoh tumpuan bakal pemilik kediaman.

“Bahkan, jarak Ipoh yang ber­dekatan dengan Cameron Highlands juga menyumbang kepada pemilikan rumah-rumah di sekitar Ipoh,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, kedudukan Ipoh yang bersebelahan Lebuh Raya Utara-Selatan juga memainkan peranan penting. Selain itu, pengangkutan lain seperti rangkaian kereta api juga menjadi pilihan.

“Dengan cadangan pembangunan sistem transit aliran ringan (LRT) di Ipoh pada masa akan datang, tentunya menjadi daya tarikan bakal pemilik untuk memiliki kediaman di Ipoh,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI