fbpx

Debu Gurun Sahara punca langit Sepanyol bertukar jingga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berjalan ketika langit Sepanyol bertukar menjadi warna jingga pada pagi kelmarin. - Carlos Barba/EPA-EFE/REX/Shutterstock

MADRID – Fenomena ribut Celia yang membawa debu dari Gurun Sahara telah menjadikan langit di selatan Sepanyol bertukar menjadi warna jingga kelmarin dan dipenuhi dengan udara panas, lapor akhbar Daily Star.

Susulan kejadian itu, Laboratorio de Climatologia di Universiti Alicante memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berada di luar bangunan untuk tempoh yang lama.

Penduduk juga disaran menggunakan pelitup muka selepas pegawai-pegawai Sepanyol mengeluarkan keputusan penilaian kualiti udara yang sangat buruk.

Di beberapa kawasan, penduduk tempatan diberitahu untuk mengelak daripada bersenam di kawasan terbuka selain pakar-pakar memberi amaran bahawa ribut itu akan menuju ke Britain. 

Sebelum ini, ketua klinikal dari Asthma Britain, Dr. Andy Whittamore telah memberi amaran mengenai risiko yang berpunca daripada debu dari Sahara itu.

“Udara beracun boleh menyebabkan manusia sukar bernafas serta boleh menyebabkan semput, batuk, sesak nafas dan serangan asma yang mengancam nyawa.

“Debu Sahara boleh menimbulkan risiko serius kepada 5.4 juta penduduk di Britain yang menghidap asma. Habuk dan jenis pencemaran udara lain adalah pencetus utama kepada penghidap asma,” ujarnya.

Whittamore selain itu turut mencadangkan penghidap asma untuk sentiasa membawa alat penyedut sekiranya gejala mereka bertambah teruk. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI