fbpx

Temui ajal ketika sedang makan pisang goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warung menjual snek jalanan di Kabupaten Sukabumi. - Suara

JAKARTA- Seorang wanita di Sukabumi, Jawa Barat menemui ajal ketika sedang menikmati pisang goreng di sebuah gerai tepi jalan, lapor laman Suara.com, semalam.

Kejadian itu menjadi tular apabila seorang saksi sempat merakam insiden tersebut dan memuat naik video di media sosial.

Berdasarkan paparan video, mangsa bersama suaminya sedang menikmati snek jalanan sekitar pukul 12.40 tengah hari (waktu tempatan).

“Kejadian berlaku di depan mata saya. Wanita itu sedang mengunyah pisang goreng sebelum rebah dan akhirnya meninggal dunia.

“Semuanya berlaku dengan pantas dan secara tiba-tiba,” ujar saksi.

Menurut saksi, ambulans telah dipanggil ke tempat kejadian dan mangsa sempat dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Kampung Mekarsari, Udon mengesahkan mangsa ialah salah seorang  penduduk desa tersebut.

“Ya, mangsa berusia 55 tahun dan memiliki sejarah penyakit jantung.

“Jenazahnya sudah dibawa ke rumah mayat dan bakal dikebumikan oleh ahli keluarga,” jelas Udon. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI