fbpx

ADUN Tronoh dakwa tuduhan muslihat politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paul Yong Choo Kiong tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini bagi menghadapi tuduhan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pertuduhan merogol yang dihadapinya merupakan satu muslihat politik.

Choo Kiong, 52, menyatakan perkara itu di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed ketika sesi pemeriksaan utama oleh peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili bekas exco kerajaan negeri tersebut.

Menurut beliau, muslihat itu dirancang pihak tertentu disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak goyah kerana hanya memiliki majoriti tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah katanya, sekiranya terdapat dua ADUN daripada PH disingkirkan atau dijatuhkan, maka kerajaan negeri ketika itu juga akan jatuh.

“Ada juga ura-ura yang mengatakan terdapat usul tidak percaya kepada Menteri Besar akan diadakan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain saya akan diganti atau disingkirkan.

“Selepas kejadian, ada seorang lagi Exco yang dituduh terlibat dalam kes rasuah. Ini jelas menunjukkan ada pihak yang cuba menjatuhkan kami dalam kerajaan pada masa itu.

“Tarikh kejadian iaitu 7 Julai 2019 juga adalah terlalu hampir dengan majlis angkat sumpah penggal kedua Exco dan saya merupakan Exco pada ketika itu.

“Saya rasa ada pihak yang iri hati dan cemburu dengan porfolio saya,” katanya pada hari pertama prosiding bela diri semalam.

Choo Kiong yang memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi juga memberitahu mahkamah, beliau percaya mempunyai musuh politik.

Dia memberitahu sentiasa berasa diekori oleh kenderaan tidak dikenali setiap kali ke pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri atau pulang ke rumah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI