fbpx

Budak 3 tahun tembak ibu guna pistol bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ilustrasi. Seorang kanak-kanak tiga tahun tertembak ibunya sendiri ketika bermain dengan pistol bapanya. - Getty

SPRINGFIELD, ILLINOIS – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari negeri Illinois, Amerika Syarikat (AS) menembak mati ibunya secara tidak sengaja ketika bermain dengan sepucuk pistol milik bapanya, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) Sabtu lalu di luar kedai Food 4 Less di kawasan kejiranan Dolton, kira-kira 33 kilometer bahagian selatan Chicago.

Menurut polis, kanak-kanak itu menemui pistol tersebut ketika dia berada di tempat duduk belakang kereta sementara ibu bapanya berada di hadapan.

“Entah bagaimana dia mendapat pistol itu lalu mula bermain dengannya, mengacukan dan melepaskan tembakan,” kata Ketua Polis Dolton, Robert Collins Jr.

Daejah Bennett, 22, terkena peluru pada bahagian leher dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Chicago di mana dia kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Pada Isnin lalu, Collins memberitahu bahawa bapa kepada kanak-kanak itu kini didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan senjata api.

“Romell Watson, 23, akan didakwa kerana menggunakan senjata secara tidak sah,” kata Collins. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI